Polis serbu pusat judi online, enam ditahan

 Polis serbu pusat judi online, enam ditahan

Polis menahan enam lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian dalam talian . Foto – PDRM

KUALA LUMPUR, 23 sept — Polis menahan enam lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian dalam talian menggunakan telefon bimbit di Taman Miharja, di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kesemua suspek berusia 51 hingga 76 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 3.50 petang Rabu.

“Polis merampas 12 unit telefon bimbit, satu tablet, satu komputer berserta unit pemprosesan komputer dan wang tunai RM925,” katanya dalam satu kenyataan.

Muhammad Idzam berkata, hasil semakan mendapati premis perjudian tersebut beroperasi pada setiap hari selama 24 jam sejak minggu lalu.

“Individu yang datang untuk bermain judi di premis ini merupakan pelanggan tetap sahaja,” katanya.

Menurutnya, kesemua suspek ditahan di lokap Balai Polis Bukit Jalil di sini bagi membantu siasatan.

Tambah beliau lagi, kesemua suspek akan direman pada hari ini untuk membantu siasatan.

” Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6(1) akta sama,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *