• Friday, 18 June 2021, 2:20 am

Polis sedang kesan dua lelaki samun kedai emas

 Polis sedang kesan dua lelaki samun kedai emas

KUALA LUMPUR, 23 Mei — Polis sedang mengesan dua suspek lelaki yang disyaki terlibat menyamun barangan kemas di sebuah kedai emas di Seri Kembangan, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Mohd Rosdi Daud berkata rompakan itu dipercayai berlaku kira-kira 2.31 petang.

Beliau berkata kedua-dua suspek dipercayai melarikan sejumlah barang kemas yang nilainya masih lagi dalam siasatan dengan memecahkan cermin kedai emas dengan objek tumpul.

ā€œSelain itu, suspek dipercayai telah melarikan diri menggunakan dua buah motosikal,ā€ katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Mohd Rosdi berkata pihaknya sedang mengenal pasti kerakyatanĀ dan umur suspek yang terlibat dalam rompakan berkenaan.

Beliau berkata kes samun itu disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan dan meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh tampil ke mana -manaĀ balai polis bagi membantu siasatan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *