Polis panggil Fahmi Reza berkaitan poster MB Perak

 Polis panggil Fahmi Reza berkaitan poster MB Perak

IPOH, 19 Jun — Fahmi Reza akan dipanggil Polis bagi membantu siasatan berhubung poster yang dimuat naik di laman sosial Facebook dan Twitter berkaitan Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad.

Polis telah membuka kertas siasatan susulan laporan diterima daripada Ketua Pemuda UMNO Perak Mohd Ariff Abdul Majid di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar petang semalam.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid, Fahmi dan individu lain yang turut terlibat berhubung kes ini akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.

Poster yang dimuat naik Fahmi Redza itu menjadi tular bersama kapsyen berbunyi ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’ mengundang kecaman dan maki hamun pengguna media sosial yang lain.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

89  −  88  =