Polis mati tertembak: Tiga rakan direman 14 hari untuk bantu siasatan

 Polis mati tertembak: Tiga rakan direman 14 hari untuk bantu siasatan

SIBU, 7 Mei — Tiga anggota polis ditahan reman hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan kes seorang konstabel yang mati tertembak oleh rakan sekerja, di sebuah rumah di Lorong Permai Timur 9, Taman Permai petang semalam.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Syukri Mokhtar hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata ketiga-tiga mereka yang berusia 21, 23 dan 27 tahun merupakan rakan serumah.

Jenazah mangsa akan dihantar pulang ke kampung halamannya di Pahang selepas semua urusan di sini selesai, katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 7 malam semalam, anggota Unit Rondaan Bermotosikal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SibuĀ Konstabel Norhalim Tumiran, 25, ditemukan maut dengan kesan tembakan di kepala di rumah berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa yangĀ tinggal di rumah transit di IPDĀ Sibu, datang ke rumah sewa yang didiami rakan setugasnya itu untuk bermain permainan komputer sebelum waktu berbuka.

Bagaimanapun, seorang rakan mangsa dikatakan bergurauĀ dengan mengacukan pistol ke arah mangsa sebelum tertarik picu dan tertembak mangsa.

Mangsa yang baru sebulan setengah ditugaskan di sini selepas menamatkan latihan asas kepolisan, meninggalkan seorang isteri dan seorang anak berusia setahun.

Kes itu disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

35  +    =  39