Polis Marin rampas 390 ubat batuk

 Polis Marin rampas 390 ubat batuk

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rosman Ismail menunjukkan kepada pihak media hasil rampasan ubat batuk

Oleh M A Akid

KANGAR, 3 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Perlis merampas 390 ubat selepas mengejar sebuah bot di Kuala Perlis, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Pulau Pinang, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, rampasan dilakukan berhampiran Jeti Kastam Kuala Perlis kira-kira jam 12.30 tengah malam.

“Bertindak atas maklumat penyeludupan, peronda PPM yang dibantu anggota Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kuala Perlis mengesan sebuah bot tidak bernombor dalam keadaan mencurigakan berada di perairan Kuala Perlis.

“Ketika anggota kami cuba menghampiri bot itu, didapati tekongnya bertindak memecut laju bot itu menuju ke kawasan daratan berhampiran Jeti Kastam Kuala Perlis sebelum melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Anggota peronda PPM kemudian membuat pemeriksaan terhadap bot yang ditinggalkan dan menjumpai empat bungkusan plastik hitam mengandungi 390 botol putih jenama Dynadril yang disyaki ubat batuk.

Rampasan itu kemudian diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar. Rampasan dianggarkan bernilai RM10,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

81  +    =  83