Polis: Dua warga asing tanpa pelitup muka di Taman KLCC dikenal pasti, disoal siasat

 Polis: Dua warga asing tanpa pelitup muka di Taman KLCC dikenal pasti, disoal siasat

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Dua warga asing yang dilihat berjalan di sekitar Taman KLCC di sini tanpa memakai pelitup muka dengan melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 telah dikenal pasti dan disoal siasat oleh pihak berkuasa.

Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua wanita berusia 39 dan 37 tahun itu dipanggil untuk disoal siasat berhubung gambar mereka berjalan di sekitar Taman KLCC tanpa pelitup muka, yang menjadi tular pada 17 November lalu.

“Sejurus selepas gambar itu tular, Jabatan Siasatan Jenayah cuba mengenal pasti mereka dan mereka diminta untuk hadir untuk disoal siasat pada 19 November.

“Kedua-dua individu tersebut telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau juga menafikan bahawa salah seorang wanita itu adalah wanita yang sama sebelum ini didenda RM3,000 kerana menyebabkan kekecohan di luar kedai Dior dengan enggan memakai pelitup muka dan gagal mendaftar masuk di pusat membeli-belah Suria KLCC melalui aplikasi MySejahtera bulan lalu.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  4