Polis buru Datuk A Janus, ‘orang kuat’ Nicky Liow

 Polis buru Datuk A Janus, ‘orang kuat’ Nicky Liow

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 25 Mac — Polis Johor sedang memburu seorang bekas timbalan pendakwa raya yang dipercayai antara seorang individu penting kepada Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33, bagi membantu siasatan kes berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki tersebut ialah Md Azar Izwan Mohd. Arifin @ Datuk A Janus, 42, dan alamat terakhirnya di Puchong, Selangor.

“Suspek merupakan bekas timbalan pendakwa raya yang telah menamatkan perkhidmatan dan dipercayai telah melarikan diri dan alamat terakhir di Puchong,” katanya dalam sidang akhbar selepas tamat Upacara Perbarisan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-214 di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, hingga kini seramai 92 suspek yang mempunyai kaitan dengan sindiket itu telah ditangkap di Puchong.

“Daripada 92 suspek yang  ditahan, 40 individu ditahan di bawah SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012) dan bakinya kita buat tapisan, mereka tidak terlibat secara langsung sebelum dibebaskan,” katanya.

Menurutnya, individu atau ahli keluarga yang mempunyai maklumat berkenaan suspek diminta menghubungi Asisten Superintendan V Prakash menerusi talian 012-5209767.

Ahad lalu, Polis Johor mengedarkan butiran serta gambar Nicky Liow yang merupakan pengasas Winner Dynasty Group kerana dikehendaki untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15  −    =  13