Polis buka kertas siasatan video majlis perkahwinan pasangan selebriti

 Polis buka kertas siasatan video majlis perkahwinan pasangan selebriti

PETALING JAYA : Pihak polis membuka kertas siasatan susulan tular video majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal di Genting Highlands, Pahang selepas menerima laporan berkaitan video berdurasi 41 saat yang dimuat naik pada  10.30 malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, majlis perkahwinan itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Menurutnya, hasil siasatan pihak polis,majlis itu berlangsung pada 8.30 malam, 15 Disember lalu.

“Menerusi video itu, terdapat tetamu yang hadir tidak memakai pelitup muka serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

“Keadaan itu dilihat melanggar SOP PPN Fasa 4 dan polis sudah membuka kertas siasatan berikutan penularan insiden itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, justeru, pihak polis akan mengesan dan mengenal pasti kesemua individu yang hadir dalam majlis perkahwinan itu.

“Kes disiasat mengikut Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021.

“Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini serta menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6  +  4  =