Polis buka 37 kertas siasatan, keluarkan 9 kompaun pada PRN Melaka

 Polis buka 37 kertas siasatan, keluarkan 9 kompaun pada PRN Melaka

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali

MELAKA 22 Nov — Sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung sehingga 20 Nov lalu, sebanyak 37 kertas siasatan dibuka berkaitan pelbagai kesalahan termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali berkata, sebanyak 19 kertas siasatan yang dibuka membabitkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, manakala 18 lagi kertas siasatan membabitkan kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Dalam PRN itu, sebanyak sembilan kompaun berjumlah RM120,000 telah dikeluarkan kepada pelbagai parti kecuali parti Bebas di sepanjang tempoh PRN Melaka,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Majid berkata, tiada insiden tidak diingini termasuk protes berlaku sepanjang pilihan raya tersebut.

Malah, beliau turut memuji dan merakamkan penghargaan kepada rakyat negeri yang memberikan kerjasama dalam mengekalkan kesihatan awam dan keselamatan setempat.

“Penghargaan buat rakyat di Melaka kerana matang dan hebat berikutan tidak terbawa bawa dengan sentimen politik, mereka lebih mementingkan kesihatan awam dan keselamatan.

“Inilah PRN Melaka di mana rakyat mendahulukan kesihatan awam dan undang undang dari kepentingan politik, rakyat Melaka memang hebat dan matang,” katanya.

Azlan Abdollah

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  32  =  40