Pokok kurma berbuah di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 tarikan pengunjung

 Pokok kurma berbuah di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 tarikan pengunjung

Zainulddin Lela memetik pokok kurma yang berbuah lebat di pekarangan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.

KUANTAN, 31 Ogos — Pokok kurma yang sedang lebat berbuah kini menjadi tarikan utama pengunjung Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini.

Menurut Zainulddin Lela, 62, ini kali pertama pokok berkenaan berbuah sejak lebih 10 tahun ditanam oleh pihak pengurusan masjid yang menjadikannya sebagai pokok hiasan.

Dia yang bertugas di masjid berkenaan berkata, kini terdapat sebanyak 10 pokok kurma di kawasan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 namun hanya sepokok sahaja berbuah, terdapat empat tandan yang mengeluarkan buah lebat berwarna oren.

“Pengunjung yang masjid yang mengetahui pokok kurma berbuah pasti akan mencarinya untuk melihat lebih dekat suatu yang dianggap luar biasa kerana jarang dapat melihat keadaan sedemikian.

“Mereka tidak melepaskan peluang bergambar, saiz pokok yang agak rendah serta berada dalam kotak simen mencantikkan lagi pemandangan,” katanya semalam.

Dia berkata, sebelum ini pihak masjid berbincang bagi mencari jalan terbaik untuk memastikan semua pokok kurma yang ada mengeluarkan buah terutama selepas lebih 10 tahun ditanam, ada juga yang pendapat mungkin pokok kurma terbabit ‘pondan’. Namun belum sempat sebarang tindakan dilakukan sepokok telah berbuah.

Zainulddin berkata, pihak pengurusan masjid tidak menyangka selepas menunggu sekian lama akhirnya impian melihat pokok kurma yang ditanam berbuah menjadi kenyataan awal bulan lalu.

“Beberapa pasangan pengantin yang mengadakan majlis pernikahan di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 turut tidak melepaskan peluang bergambar di bawah pokok kurma berkenaan, pemandangan berlatarbelakangkan dinding masjid menambahkan keceriaan.

“Ada yang datang melihat pokok kurma berpeluang merasa buah yang telah masak, mereka kata rasanya manis tetapi berbeza dengan kurma yang diimport,” katanya yang enam tahun bertugas di masjid negeri.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18  +    =  25