PN tidak pernah minta apa-apa jawatan untuk ADUN PN Melaka

 PN tidak pernah minta apa-apa jawatan untuk ADUN PN Melaka

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR:  Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan , berkata pihak PN tidak pernah meminta apa-apa jawatan untuk Adun-Adun PN menyertai Exco Kerajaan Melaka seperti yang di dakwa oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan.”

Beliau menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Wan Saiful bin Wan Jan hari ini berkata, cerita mengenai ADUN Perikatan Nasional mahu menyertai kerajaan negeri Melaka adalah tidak berasas.

“Sebaliknya kita akan mengkaji keputusan PRN Melaka, terutama jumlah sokongan yang kelihatan meningkat kepada kita di banyak kawasan.

“Dan kita akan rangka strategi untuk membolehkan kita memperkukuh parti di atas tapak yang telah terbina.Kita akan jadikan PRN Melaka sebagai batu loncatan untuk mengorak langkah mara ke hadapan.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  5