PN satu kesepakatan politik untuk semua – Azmin

 PN satu kesepakatan politik untuk semua – Azmin

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR, 11 Mac — Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau telah berkunjung ke pejabat Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali, hari ini.

Pertemuan tersebut menjurus ke arah usaha membangun Malaysia yang inklusif dan paling penting prihatin kepada cabaran yang dihadapi rakyat pada ketika ini.

Datuk Seri Azmin berkata, mereka komited bahawa Perikatan Nasional adalah satu kesepakatan politik buat semua rakyat Malaysia.

Menurutnya lagi, kerjasama diantara anggota Perikatan Nasional akan diperhebat melalui usaha gerak kerja persediaan pilihanraya dan usaha penerangan bagi menjelaskan usaha dan dasar kerajaan Perikatan Nasional yang prihatin dan progresif.

Turut hadir ke pertemuan tersebut ialah Wendy Subramaniam, Timbalan Setiausaha Agung Parti Gerakan dan Dr Afif Bahardin, pegawai tugas-tugas khas kepada Datuk Seri Azmin Ali.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

54  −  48  =