PN Kota Melaka ajak rakyat kibar Jalur Gemilang

 PN Kota Melaka ajak rakyat kibar Jalur Gemilang

TELOK MAS, 28 Ogos — Perikatan Nasional (PN) Kota Melaka memperuntukkan 2,000 helai Jalur Gemilang untuk diagihkan kepada penduduk di sekitar Pekan Telok Mas hari ini.

Setiausaha Biro Penerangan BERSATU Malaysia yang juga Ketua BERSATU Bahagian Kota Melaka, Datuk Hishamuddin Abdul Karim berkata pemberian Jalur Gemilang itu sebagai simbolik bagi menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara di kalangan rakyat, khususnya memerangi wabak pandemik COVID-19.

“Kita agihkan kepada peniaga dan orang ramai sekitar Pekan Telok Mas.

“Selain itu, Jalur Gemilang juga turut diberikan kepada setiap cawangan BERSATU serta PAS Kawasan Kota Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program kibaran Jalur Gemilang PN Kota Melaka hari ini.

Turut hadir, Pemangku Yang Dipertua PAS Kota Melaka Zuhaidi Yusof dan wakil Gerakan Kota Melaka serta Sayap Bersekutu Kota Melaka.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

36  −    =  35