PN dibentuk untuk halang negara diperintah parti politik ekstremis – Hadi

 PN dibentuk untuk halang negara diperintah parti politik ekstremis – Hadi

KUALA LUMPUR, 12 Nov — Perikatan Nasional dibentuk untuk menghalang negara daripada diperintah oleh parti politik ekstremis, kata presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Menerusi ucapan dalam Pentas Pilihanraya Negeri Melaka malam tadi, Hadi mendakwa ada pihak yang mahu meminda Perlembagaan Persekutuan semasa pemerintahan Pakatan Harapan.

“Walaupun mereka tidak berbuat demikian, berdasarkan kenyataan mereka, usaha telah dibuat untuk berbuat demikian,” katanya.

Hadi yang juga merupakan Ahli Parlimen Marang berkata, selepas menyedari ada gerakan untuk meminda perlembagaan, beberapa wakil rakyat yang dipilih termasuk dari partinya, Umno, Bersatu dan lain-lain bersetuju untuk Bersatu membentuk kerajaan PN.

Hadi berkata, kumpulan politik ekstrem seperti itu juga wujud di Melaka.

“Jadi PAS, Bersatu dan Gerakan telah bersetuju untuk bertanding di bawah sepanduk PN untuk menolak parti-parti ekstremis ini.

“Satu perubahan mesti dibuat jika rakyat Melaka mahukan perubahan, mereka mesti memilih PN.”

PRN Melaka diadakan selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Oktober lalu ekoran empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap pentadbiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali. 

Selain dua bekas ADUN UMNO, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan, dua lagi ADUN berkenaan adalah Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas) dan Datuk Noor Effendi (Bersatu).

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *