PN bantu cetak bahan kempen BN- Che gu Bard

 PN bantu cetak bahan kempen BN- Che gu Bard

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

“Barisan Nasional (BN) Melaka diketuai oleh Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan BN peringkat pusat diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, jadi sepatutnya bahan kempen adalah menggunakan kedua-dua gambar pemimpin ini dan bukannya gambar calon BN Lendu, adakah BN malu guna gambar Zahid dan Rauf?,” kata Badrul Hisham Shaharin yang dikenali Che Gu Bard.

Che Gu Bard selaku Penyelaras Gerak Kerja Penerangan Kempen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berkata kepada media selepas membuat tiga laporan polis hari ini terhadap pemimpin BN yang dipercayai melanggar Prosidur Operasi Standard (SOP).

“Bahan kempen guna gambar calon BN Lendu berada di seluruh Melaka dan tidak ikut garis panduan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya menggunakan Presiden Parti.

“Tetapi mereka pula complain kata PN guna gambar Abah merata tetapi itu tidak jadi kesalahan kerana Tan Sri Muhyiddin Yaasin adalah Presiden Parti.

“Jadi kami bantu cetak gambar Zahid dan Rauf sebagai bahan kempen BN yang sewajarnya,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya menerusi laporan polis kedua BN sudah mengadakan jamuan makan bersama logo serta gambar majlis itu dimuat naik di Facebook.

“Kegilaan ini harus dihentikan kerana ia melanggar SOP,” katanya.

Seterusnya, Che Gu Bard memaklumkan terdapat satu laporan polis terhadap dirinya dipercayai dibuat oleh pekerja Rauf berikutan beliau ada membuat penyiaran di Facebook mengenai seorang calon BN memaksa pelajar untuk hadiri satu program politik.

“BN dakwa program itu pada dua tahun lalu, sedangkan dalam gambar itu pelajar memakai topeng muka, takkan dulu ada topeng muka,” katanya.

Sememangnya semua parti politik bertanding mempunyai provokasi masing-masing jadi apa yang rakyat harapkan adalah semua dapat bertanding secara sihat dengan norma baharu.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  56  =  66