PM umum elaun sukarelawan di PPV dan PKRC dinaikkan

 PM umum elaun sukarelawan di PPV dan PKRC dinaikkan

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin –fotoBERNAMA (2021)

KUALA LUMPUR, 23 Jun —  Elaun atau sagu hati kepada sukarelawan kesihatan dalam program vaksinasi dan pengurusan COVID-19 di negara ini dinaikkan kepada RM100 sehari, mulai bulan ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kenaikan elaun itu melibatkan seramai 19,000 sukarelawan kesihatan dijangka menerima sagu hati ini.

Kenaikan tersebut melibatkan dana tambahan berjumlah RM180 juta.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk mengkaji semula kadar bayaran kepada sukarelawan ini, supaya dapat ditambah jumlahnya dan bilangan penerima juga diperluas secepat mungkin,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan bayaran saguhati ini ditingkatkan kepada sukarelawan yang bertugas melebihi 12 jam sehari bermula Jun ini,” katanya selepas mengadakan lawatan ke PPV Dewan Muafakat Johor Bukit Gambir semalam.

Muhyiddin berkata kenaikan elaun tersebut merupakan pengiktirafan kerajaan kepada jasa dan sumbangan sukarelawan yang telah bertungkus lumus berusaha memastikan rakyat Malaysia dapat menerima suntikan vaksin dengan teratur dan cepat.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2  +  8  =