PM tidak sebut negara hampir bankrap — Majlis Gurdwara Malaysia

 PM tidak sebut negara hampir bankrap — Majlis Gurdwara Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 April – Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) menjejaskan, Perdana Menteri tidak pernah menyatakan negara hampir bankrup berikutan perbelanjaan bagi melaksanakan pakej rangsangan ekonomi akibat penularan COVID-19 dan Belanjawan Negara 2021.

Menurut Presidennya, Jagir Singh, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada Majlis Minum Petang Sambutan Vaisakhti pada 12 April lalu berkata, kerajaan telah membelanjakan sejumlah wang yang banyak berkaitan COVID-19 dan ekonomi.

Beliau memetik apa yang sebenarnya dinyatakan Perdana Menteri iaitu: “Saudara tahu kita sudah belanja banyak wang tahun ini. Apa sebab? It is all about COVID and ekonomi. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322.5 bilion untuk Belanjawan Negara.”

“Saya fikir banyak orang Sikh faham. Akauntan pun ada di sini. It is more than RM600 billion for this year alone. There is a big sum of money. What I am trying to saya here is, we don’t have much money left.

Jagir berkata, maksud tidak banyak wang yang berbaki tidak sama dengan maksud kerajaan kini hampir bankrap.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media susulan berlaku kekeliruan mengenai kenyataan Perdana Menteri berhubung status kewangan negara.

Justeru, Jagir berharap keterangan berdasarkan kenyataan sebenar Perdana Menteri pada majlis MGC ini akan membantu menjelaskan kekeliruan tersebut.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

91  −    =  83