PM tiba di PMO, umum Kabinet jam 11 pagi

 PM tiba di PMO, umum Kabinet jam 11 pagi

KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Perdana Putra pukul 9.30 pagi bagi pengumuman Kabinet yang dijangka berlangsung pukul 11 pagi ini.

Ismail Sabri mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 21 Ogos lepas.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata pengumuman pembentukan kabinet baharu oleh perdana menteri dibuat pada pukul 11 pagi ini, manakala majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pada pukul 2.30 petang Isnin, 30 Ogos.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu daripada perdana menteri, di Istana Abdulaziz, Kuantan.

Ismail Sabri, 61, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 21 Ogos lepas.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

83  −    =  80