PM tiba di Indonesia untuk lawatan kerja tiga hari

 PM tiba di Indonesia untuk lawatan kerja tiga hari

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi tiga hari ke Indonesia.

Lawatan ini merupakan lawatan sulung beliau setelah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Anwar Makarim.

Dalam satu hantaran di laman Facebook rasmi miliknya, Ismail berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Jokowi Widodo untuk membincangkan beberapa perkara demi kepentingan rakyat Malaysia-Indonesia.

“Beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian di antara kedua-dua negara akan dimeterai atas kepaksian hubungan akrab antara dua negara berjiran,” katanya.

Tambah Ismail, dalam usaha memperkasa industri pertahanan, beliau juga akan mengadakan lawatan ke pusat kemudahan industri pertahanan di Bandung.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

57  +    =  59