PM pertahan pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN

 PM pertahan pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mempertahankan pelantikan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf Menteri.

Beliau berkata, Muhyiddin sudah memegang jawatan berkenaan sejak MPN diwujudkan, maka kerajaan memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu untuk terus menggalas tanggungjawab terbabit.

“Dari segi MPN yang dipengerusikan Ahli Parlimen Pagoh, memang beliau sudah menjadi pengerusi sejak mula MPN diwujudkan. Jadi, sebab itu kita beri kepercayaan kepada beliau untuk teruskan tugas,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH – Kulim Bandar Baharu), yang mahu mengetahui rasional Muhyiddin diberi tanggungjawab mengetuai MPN.

Pada 4 September lalu, Ketua Setiausaha Negara yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, Mohd Zuki Ali memaklumkan bahawa Jemaah Menteri bersetuju melantik Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN bertaraf Menteri.

Muhyiddin pula yang menerima pelantikannya sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri memaklumkan sedia menjalankan tugas secara sukarela tanpa sebarang imbuhan.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  3