PM Muhyiddin selamat tiba di Brunei untuk lawatan rasmi

 PM Muhyiddin selamat tiba di Brunei untuk lawatan rasmi

Tan Sri Muhyiddin Yassin diiringi isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Seri Begawan untuk lawatan rasmi dua hari beliau ke Brunei hari ini. Ketibaan mereka disambut oleh Pengiran Muda Mahkota dan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 April — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selamat tiba di sini pada Ahad untuk memulakan lawatan rasmi ke Brunei selama dua hari.

Beliau disambut oleh Pengiran Muda Mahkota dan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini pada 4 petang (waktu yang sama dengan Malaysia).

Perdana menteri juga diberikan sambutan rasmi di lapangan terbang antarabangsa itu.

Lagu Kebangsaan Malaysia ÔÇśNegarakuÔÇÖ┬átelah berkumandang diikuti Lagu Kebangsaan Brunei Darussalam ÔÇśAllah Peliharakan Sultan.ÔÇÖ

Muhyiddin kemudian memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Tiga menteri Kabinet Brunei turut berada di lapangan terbang antarabangsa itu bagi menyambut ketibaan Muhyiddin.

Mereka ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua Dato Seri Setia Dr Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah serta Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua Dato Seri Setia Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.

Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyambut ketibaan perdana menteri.

Lawatan rasmi itu juga adalah sebagai memenuhi jemputan Sultan Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Tan Sri Muhyiddin memeriksa perbarisan kawalan kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei

Muhyiddin mengadakan lawatan itu sempena Rundingan Pemimpin Tahunan ke-23 Malaysia-Brunei Darussalam.

Sempena lawatan itu, perdana menteri dijangka menghadap Sultan Hassanal di Istana Nurul Iman di sini pagi esok sebelum mereka meneruskan rundingan pemimpin tahunan tersebut di lokasi sama.

Kedua-dua pemimpin juga akan mengambil peluang untuk menilai kerjasama pasca COVID-19 yang bakal memberi manfaat kepada rakyat Brunei dan Malaysia.

Antara perkara yang akan dibincangkan ialah cadangan pengwujudan Aturan Laluan Hijau Timbal Balas (RGL), memulakan kerjasama dalam diplomasi vaksin antara kedua-dua negara dan mempromosikan kerjasama yang lebih erat dalam bidang ekonomi.

Hishammuddin berkata pertemuan kedua-dua pemimpin itu, dengan Brunei sebagai Pengerusi Asean, amat penting susulan perkembangan yang berlaku di Myanmar ketika ini.

“Sememangnya isu Myanmar akan dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin semasa┬ámembahaskan isu serantau. Ia akan menjadi agenda utama.

“Komuniti antarabangsa akan mengikuti hasil perbincangan itu dengan teliti,” kata Hishammuddin kepada wartawan Malaysia di sini sebelum ketibaan perdana menteri.

Rampasan kuasa di Myanmar berlaku dua bulan lepas apabila pihak tentera menggulingkan pemimpin yang telah dipilih secara demokratik.

Semasa rundingan tahunan itu, kedua-dua pemimpin akan turut menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Pengurusan Bencana Alam selain Perjanjian Penyatuan antara Petronas dan Sekretariat Penyatuan Nasional Brunei (BNUS) dalam sektor minyak dan gas.

Lawatan rasmi dengan delegasi kecil serta tempoh kurang daripada 24 jam itu juga adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard pencegahan COVID-19 yang ketat.

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

83  −  74  =