PM minta KWSP mudahkan proses pendahuluan i-Sinar

 PM minta KWSP mudahkan proses pendahuluan i-Sinar

Oleh Suraya Ali

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Kerajaan meminta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memudahkan proses pembayaran pendahuluan i-Sinar bagi permohonan Kategori 2 terutamanya bagi mereka yang menghadapi kesulitan akibat PKP serta bencana banjir.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan telah dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

Proses pembayaran pendahuluan i-Sinar Kategori 2 juga telah dipermudahkan dengan ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka memenuhi kriteria ditetapkan dan menghantar dokumen sokongan secara dalam talian.Permohonan kemudahan i-Sinar dibuka kepada semua ahli KWSP yang terjejas pendapatan akibat COVID-19 bermula 21 Disember lalu dan pembayaran pendahuluan bagi Kategori 2 akan dibuat mulai 26 Januari.

“Setakat 13 Januari, lebih tiga juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.” katanya

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  13  =  21