PM jamin tiada sekatan balik raya

 PM jamin tiada sekatan balik raya

BERA: Spekulasi mengatakan akan ada penutupan ekonomi dan rakyat tidak dapat pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini kerana berlaku penularan wabak Covid -19 yang membimbangkan.

Selain itu tidak ada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara, negeri, mahupun daerah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, memang benar ada peningkatan jumlah kes sejak semalam, tiada sekatan untuk rakyat untuk pulang ke kampung halaman menyambut hari raya Aidilfitri.

“Kita sudah tidak akan melaksanakan PKP seluruh negara, negeri mahupun daerah, melainkan kawasan-kawasan tertentu sahaja yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

“Tiada lagi sekatan ekonomi akan dilaksanakan dan sektor-sektor ekonomi akan berjalan seperti biasa kecuali kawasan yang dikenakan PKPD,” katanya

Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis perjumpaan bersama pegawai-pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Daerah Bera di Pejabat Kemas daerah Bera, hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri beramah mesra semasa Lawatan Ziarah Prihatin Mangsa Banjir di perkarangan Masjid Kampung Guai, Bera, hari ini.

Beliau mengingatkan rakyat agar tidak lagi merasa bimbang sekiranya mereka tidak dapat pulang berhari raya di kampung halaman masing-masing, tahun ini.

“Jangan bimbang dengan spekulasi yang disebarkan kerana saya memberi jaminan, tiada lagi sekatan sama ada dari segi sektor ekonomi mahupun pergerakan pulang ke kampung halaman masing-masing,” katanya.

Beliau dalam pada itu melahirkan rasa bimbang dengan peningkatan jumlah kes semalam yang mencecah angka harian 4,115 semalam.

“Kita tidak boleh rasa selesa dengan angka kes sekarang dan seharusnya perkara ini perlu dibendung.

“Kita tidak mahu negara kita mencapaikan angka seperti negara US, UK dan Perancis. Perlu turun dari segi angka supaya kita dapat isytiharkan endamik apabila jumlah jangkitan di bawah 1,000,” katanya.

Amir Hamzah Nordin

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

26  +    =  29