PM Isreal bakal hilang jawatan

 PM Isreal bakal hilang jawatan

ISRAEL, 13 Jun — Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dijangka melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 12 tahun lalu, apabila parlimen Israel mengundi untuk menubuhkan kerajaan baru hari ini.

Netanyahu, 71, antara ahli politik Israel yang paling dominan pada masa ini, gagal membentuk kerajaan apabila kalah pilihanraya pada 23 Mac lalu.

Menurut laporan Reuters, kabinet baru yang akan mengangkat sumpah apabila undian Knesset diluluskan tidak lama lagi, akan diketuai pemimpin pembangkang berhaluan tengah Yair Lapid dan ultra-nasionalis Naftali Bennett.

Bennett, seorang jutawan teknologi berhaluan kanan, akan menyandang jawatan Perdana Menteri selama dua tahun, sebelum jawatan tersebut diambilalih oleh Lapid, bekas hos TV yang popular di situ.

Kedua-duanya akan memimpin kerajaan yang terdiri dari berbilang parti, termasuklah parti yang mewakili 21% penduduk minoriti Arab.

Netanyahu, atau lebih dikenali dengan panggilan Bibi, mungkin akan kehilangan jawatannya, namum dengan majoriti nipis kerajaan baru itu (61 kerusi daripada 120), beliau tetap dijangka menjadi ketua pembangkang yang masih berpengaruh besar di dalam politik Israel.

Tambahan lagi, dengan perspektif politik Bennett yag berhaluan kanan, rakyat Palestin tidak mengharapkan ada apa-apa perbezaan dari segi layanan dan tindakan kejam rejim Zionis itu terhadap mereka.

 

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

88  −  80  =