PM dijangka menghadap Agong dalam waktu terdekat, kemuka senarai calon Kabinet

 PM dijangka menghadap Agong dalam waktu terdekat, kemuka senarai calon Kabinet

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk mempersembahkan senarai calon bagi jawatan kabinet.

Sumber memaklumkan sesi menghadap itu dijadual dalam masa terdekat, walaupun perkara itu belum dimasukkan dalam jadual perdana menteri.

“Sepatutnya minggu ini, tapi kita belum ada maklumat terkini,” katanya yang enggan namanya disiarkan.

Sumber itu menjangka upacara mengangkat sumpah bagi menteri akan berlangsung pada Khamis dan Ismail akan mempengerusikan mesyuarat kabinet pertamanya sebagai perdana menteri pada hari Jumaat.

Pada 23 Ogos lalu, Ismail Sabri memaklumkan barisan kabinetnya akan diumumkan minggu ini.

Beliau berkata senarai itu akan dikemukakan kepada Agong terlebih dahulu untuk mendapat perkenan baginda.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *