PM diberi nasihat yang salah?

 PM diberi nasihat yang salah?

Detik-detik untuk Pilihan Raya Umum ke- 15 (PRU-15) dikatakan semakin hampir dan diharap dapat menutup sejarah hitam politik negara.

Tiga Perdana Menteri dalam tiga tahun bertukar tempat adalah sesuatu yang mengejutkan dalam sejarah tanah air.

Menerusi analisis kewartawanan penulis melihat tumbangnya pertubuhan terbesar Melayu yang berusia 60 tahun pada tahun 2018, tumbangnya Pakatan Harapan pada tahun 2020, tumbangnya Perikatan Nasional pada tahun 2021 adalah berpunca daripada menerima nasihat yang salah.

Kertas akademik yang dikongsikan Hanif Yusabra

Persamaan kepada ketiga-ketiga kejatuhan empayar ini dikaitkan dengan kerjasama mereka bersama parti yang kononnya adalah sebuah parti Islam.

Pilihan Raya Negeri Melaka yang baru selesai pada November lalu menyaksikan sesuatu yang mengejutkan iaitu penolakan rakyat terhadap PAS

Enam daripada lapan kerusi yang dipertandingkan oleh PAS kalah teruk hingga hilang wang pertaruhan. Ini memberikan signal yang baik berkuburnya PAS pada PRU-15 nanti.

Namun berita buruk di sebaliknya, walaupun Perdana Menteri daripada parti UMNO tetapi tiga Menteri dan lima Timbalan Menteri daripada PAS dilantik ke dalam kabinet.

Daripada satu kontroversi ke kontroversi PM juga yang diselar atau ayat popular politik ‘backfired’ PM semula.

Kecaman demi kecaman yang tular menerusi wadah rakyat ini adalah kerana PM diberikan maklumat yang salah oleh parti yang nampaknya macam Islam tetapi bukan.

Menteri Agama dari PAS, Idris Ahmad pernah ditularkan menerusi video yang tular di TikTok mencabar dengan angkuhnya mengatakan beri mereka memerintah lima hari sahaja dan lihat perubahan yang mereka lakukan.

Sementara itu, dipetik oleh Berita Harian, Idris yang juga Naib Presiden PAS memberikan respon sebaik sahaja dilantik sebagai Menteri, “Saya hanya orang parti politik dan tidak menjangkakan jawatan ini diberikan kepada saya.

Kenyataan itu membuktikan beliau bukanlah orang yang layak untuk diberi tugas sebagai pemimpin hal ehwal agama negara.

Sehingga tulisan ini tidak ada perubahan lima hari seperti yang dijanjikan. Sebaliknya judi nombor ekor ditambah, rasuah yang juga haram sudah menjadi halal.

Sebagai contoh kenaikan perjudian nombor ekor daripada sembilan cabutan pada zaman pemerintahan PH naik hingga 22 cabutan ketika PAS memerintah. Di manakah tekad PAS untuk mengurangkan perjudian ketika memerintah? Malah semakin bertambah.

Fitnah kesalahan paling besar lebih besar daripada membunuh telah menjadi halal dan menutup jenayah mereka. Yang difitnah ditangkap dan dipenjara tetapi pemfitnah dibebaskan.

Perlu diingatkan PAS mempunyai Menteri yang telah diberi mandat untuk menerajui Kementerian Hal Ehwal Agama serta Presiden PAS itu sendiri dilantik jawatan Duta Khas Timur Tengah bertaraf Menteri penuh yang gagal bertutur Bahasa Inggeris dengan baik.

Adalah sungguh malang sekali apabila hal hal sebegini di pandang enteng, malahan telah menjadi bahan jenaka di media sosial. Satu perkataan yang mampu dikatakan adalah hipokrit.

Jika mampu di semak di dalam kitab suci Al Quran. Apakah pembalasan sewajarnya kepada golongan hipokrit ini? Jawapannya tetap ada.

Sebagaimana yang sering kita dengar agama campur politik memang akan menjahanamkan negara.

Malah disebabkan bimbang negara menuju ambang kehancuran, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik balik tauliah mengajar agama yang diberikan kepada semua aktivis politik di negeri ini, berkuat kuasa pada 31 Disember tahun lalu.


Baginda tidak mahu agama Islam dipolitikkan serta dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak di Selangor, khususnya di masjid dan surau.

Dipercayai banyak maklumat yang salah diberikan mengenai sosio-ekonomi-status telah diberikan kepada PM terutamanya berkaitan dengan wabak Covid-19, bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh, harga barang naik, cadangan dos penggalak, halang pengeluaran simpanan KWSP di masa susah, berbagai sekatan, halangan, diskriminasi dan sebagainya

Sukar untuk rakyat terima bahawa PM dari parti orang Melayu terbesar boleh dipermainkan oleh orang yang bertopengkan agama. Mana perginya penasihat agama UMNO?

Rakyat sudah mulai sedar politik, permainan, topeng agama dan mula menunjukkan penolakan mereka terhadap PAS.

Disiarkan menerusi portal Navy The Best

Sandiwara PAS dengan DAP, MCA, PKR, UMNO dan lain-lain yang sekejap boleh dan halal, sekejap tak boleh dan haram telah berakhir.

Malah PAS menonjolkan ada agenda sendiri untuk berkuasa apabila mereka enggan akur dengan kehendak rakan sekutu Perikatan Nasional untuk tidak menentang Gabungan Parti Sarawak ketika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak baru-baru ini.


PAS telah meletakkan calon untuk bertanding dan menentang GPS rakan kepada PN pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menubuhkan kerajaan pada Februari tahun lalu.

Sifat hipokrit mereka menyebabkan sokongan rakyat semakin berkurang setiap kali PRU, PRK atau PRN dilaksanakan. Motif sandiwara ini adalah jelas. Sebagaimana yang dapat dilihat sekarang PM Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob juga yang ditohmah netizen, yang dipersalahkan, didakwa sebagai gagal, mencuri, menyamun, merompak dan sebagainya. Semuanya dengan harapan supaya rakyat membenci UMNO dan BN.

Pesanan penulis kepada semua rakyat, rakyat tidak lupa apa yang PAS dan konco-konconya telah lakukan.

Insiden Memali pada 1985 di Baling Kedah mengakibatkan 14 orang kampung dan empat anggota polis terkorban akibat hasutan dan fitnah oleh tokoh PAS yang mahu menumbangkan kerajaan pusat ketika itu bagi menubuhkan Negara Islam. Hasutan itu dikatakan berpunca daripada Amanat Haji Hadi yang merupakan Presiden PAS ketika ini.

Amanat Haji Hadi yang dikatakan berkait dengan insiden Memali pada 1985

pada 27Julai 2012, Ketua Penolong Pengarah E2(M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin mendakwa hasil risika pihaknya beberapa elemen ektremis Jemaah Islamiah meresapi PAS untuk mendapat kuasa politik pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Hasil risikan E2 (M) Bukit Aman mendapati rancangan JI untuk mendapat kuasa politik menerusi PAS

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Wacana.my

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

28  +    =  29