• Friday, 18 June 2021, 1:42 am

PM Britain desak ‘pasport vaksin’

 PM Britain desak ‘pasport vaksin’

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson Kredit foto BBC

MONTREAL, 1 Jun – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mendesak Sidang G7 yang akan datang untuk mencapai persetujuan mengenai pasport vaksin COVID-19 dan membuka rundingan mengenai “perjanjian ‘dunia” untuk mempersiapkan menghadapi wabak masa depan.

“Kita perlu mempunyai perjanjian mengenai isu-isu seperti pasport vaksin, sijil status COVID-19 selain mempunyai kesepakatan mengenai bagaimana pasport ini berfungsi.

“Tahun 2020 merupakan ‘tahun yang dahsyat bagi manusia’. Apa yang diperlukan adalah perjanjian global mengenai kesiapsiagaan pandemik supaya perkara seperti ini tidak berulang,” kata Johnson kepada media Kanada.

Tambahnya, proses vaksinasi dunia harus dipercepatkan agar seluruh dunia dapat kembali ke ‘norma lama’ selain mengatakan kepentingan negara membangun untuk menerima bekalan vaksin secepat mungkin.

“Vaksinasi harus dijadikan usaha dunia. Daripada membuat sasaran vaksinasi penuh pada 2024 atau 2025, kita perlu menetapkan sasaran yang lebih bercita-cita tinggi seperti hujung tahun depan,” katanya.

Kini, pandemik COVID-19 telah membunuh lebih daripada 3.5 juta orang di seluruh dunia. Britain adalah antara negara yang paling parah. Johnson, yang sendiri dijangkiti wabak berkenaan, menerima kritikan seluruh Britain mengenai caranya dalam menangani wabak itu.

Sidang kemuncak G7 akan diadakan di Cornwall, di hujung barat daya England pada 11 hingga 13 Jun akan dihadiri oleh Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Britain, Perancis, Jerman dan Itali.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *