PM beri komitmen Fasa 2 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak diteruskan

 PM beri komitmen Fasa 2 Lebuhraya Pan Borneo Sarawak diteruskan

SERIAN: Kerajaan akan memastikan pembinaan Fasa Dua Lebuhraya Pan Borneo Sarawak dari Pujut ke Lawas diteruskan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pembinaan fasa kedua projek mega itu sebelum ini telah diluluskan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Barisan Nasional, namun dibatalkan setelah kerajaan Persekutuan bertukar selepas Pilihan Raya Umum 2018.

“Saya beri komitmen bahawa saya bersama Fadillah (Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof) dan KM (Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Tun Openg), kita akan bincang bagaimana nak teruskan fasa dua dan jalan-jalan yang disebut sebagai redline dan missing link (laluan yang tidak disambung) ini.

“Sebenarnya bajet telah diluluskan termasuk fasa dua tapi apabila bertukar kerajaan, bajet itu dibatalkan. Itu sebab kita tidak boleh meluluskan fasa dua serta menaik taraf jalan sedia ada. Jika tidak berlaku pertukaran kerajaan, pastinya projek ini diteruskan.

“Jadi saya berharap dalam dua minggu ini, kerajaan GPS akan kekal di Sarawak, barulah projek dapat diteruskan demi kepentingan rakyat Sarawak,” katanya.

Menurut kenyataan Harian Metro, seorang peniaga dikawasan tersebut berkata, terdapat perbezaan yang ketara dari segi jumlah orang ramai yang datang ke daerah ini selepas pembinaan lebuh raya berkenaan.

“Dulu tidak begitu ramai orang dari daerah lain datang singgah ke sini (Serian) mungkin disebabkan keadaan jalan yang sesak memandangkan hanya ada dua laluan jalan raya. Tetapi sekarang kita lihat, jumlah orang ramai datang singgah ke Serian semakin bertambah kerana keadaan jalan raya yang bagus serta aliran trafik lancar.”

Jajaran Serian iaitu laluan sepanjang 33.65 kilometer adalah kerja menaik taraf Jalan Persekutuan sedia ada dari Bulatan Serian ke Balai Ringin dengan kos keseluruhan RM700 juta.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  5  =