PM beri bayangan PRU-15 September, Oktober ini – Bersatu Johor

 PM beri bayangan PRU-15 September, Oktober ini – Bersatu Johor

JOHOR BAHRU, 21 Jun — Perdana Menteri memberi gambaran bahawa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mungkin diadakan pada September atau Oktober ini.

Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Datuk Osman Sapian berkata, bayangan itu diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Bersatu Johor yang diadakan secara maya 16 Jun lalu.

Namun, katanya yang juga Ketua Bersatu Bahagian Ayer Hitam, PRU-15 diadakan sekiranya kes COVID-19 mencatatkan penurunan seperti yang disasarkan kerajaan dan berjaya memberi vaksin antara 60 hingga 80 peratus rakyat negara ini dicapai.

“Pada masa sama pihak urus setia ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) juga telah diarahkan untuk menyediakan bahan-bahan pilihan raya untuk diedar ke bahagian-bahagian.

“Mesyuarat Bersatu Johor yang dipengerusikan Presiden Bersatu membincangkan banyak isu semasa termasuk membabitkan PRU-15, iaitu September atau pun Oktober ini,” katanya ketika ditemui di Kempas, di sini hari ini.

Katanya, isyarat yang diberikan Muhyiddin itu ada asasnya kerana biasanya pada Oktober dibentangkan bajet tahun depan.

Pada masa sama, Bersatu Johor perlu menggerakkan bilik-bilik gerakan peringkat bahagian dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk siap siaga dan jika PRU-15 diadakan, persiapan awal sudah dilakukan.

Beliau berkata, berikutan itu Bersatu akan akan memilih Pengerusi Penyelaras di setiap bahagian dalam parti komponen PN dengan penyelaras Parlimen yang dipilih akan bergerak untuk menjaga kawasan masing-masing.

Osman yang juga bekas Menteri Besar itu berkata, difahamkan Pas akan meminta 11 kawasan Parlimen untuk dijaga.

“Maknanya kalau ada 26 kita ada tinggal lagi 15, itu belum kita beri pada Gerakan, mungkin Gerakan mungkin satu, dua.

“Bagaimanapun kita belum ada kata putus, kita akan bincangkan di peringkat jawatankuasa nasional nanti bagi selaraskan dan memastikan kawasan-kawasan mana,” katanya dan memberitahu parti akan melihat kepada kekuatan Pas di sesuatu kawasan sebelum keputusan dilakukan.

Berkenaan kerjasama UMNO dan Bersatu, beliau berkata, Bersatu berkemungkinan menolak kerjasama dengan UMNO memandangkan parti itu tidak sehaluan, sekali gus tidak perlu lagi membincangkan pembahagian kerusi dengan parti itu.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18  −    =  10