PKR tolak PRN Melaka, mohon TYT semak keputusan bubar DUN

 PKR tolak PRN Melaka, mohon TYT semak keputusan bubar DUN

Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertegas dengan keputusan untuk tidak mempersetujui Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Ketua Penerangan PKR Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata dengan keadaan negara yang berdepan pandemik COVID-19 masa ini, maka amat tidak sesuai untuk diadakan PRN.

“Dalam keadaan ini kita mencari jalan penyelesaian yang berlaku di Melaka, kita tak mahu adakan PRN dan kita juga tidak bersetuju dengan darurat, perlu ada satu penyelesaian.

Itu juga tidak menghalang kita untuk memfailkan semakan atau gunakan mahkamah untuk menyemak keputusan (pembubaran) yang begitu tergesa-gesa,” katanya pada satu sidang media pada Khamis.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas Datuk Noor Effandi Ahmad.

Shamsul Iskandar berkata sedangkan pertukaran Perdana Menteri yang lepas pun tidak melibatkan pilihan raya diadakan, apatah lagi dengan situasi yang berlaku di Melaka.

Merujuk Perlembagaan Negeri Melaka, beliau mendakwa tiada sebarang klausa atau peruntukan yang tidak membenarkan Yang Dipertua Negeri untuk menarik balik pembubaran DUN itu.

“Kemungkinan ada elemen yang memungkinkan ada ruang untuk pihak Tuan Yang Terutama menilai semula dan mengkaji semula keputusan itu kerana ini perkara yang tak pernah berlaku,” katanya.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

64  −  61  =