Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
PKPD: Pejabat Parlimen Besut prihatin agih makanan basah

Petugas RELA memunggah turun nanas untuk diagihkan kepada penduduk di kawasan PKPD di Hulu Besut.
Oleh Mohammad Ishak
JERTIH, 15 Feb : Nanas, tembikai, ayam, ikan dan telur adalah antara bahan basah untuk diagihkan kepada penduduk empat kampung di Hulu Besut, yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pejabat Ahli Parlimen Besut mengambil tanggungjawab itu dalam misi bantuan membantu penduduk yang terkesan denganĀ situasi pandemik COVID-19 yang menyebabkan mereka kini tidak dapat keluar dari kampung masing-masing akibat PKPD.
Ahli Parlimennya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menyelaras agihan bantuan supaya tidak bertindih dengan agensi lain.

Katanya, selain bahan basah pihaknya juga menyediakan barang keperluan dapur kepada penduduk Kampung Darau, Kampung Awek, Kampung Lepang Kejur dan Kampung Padang Baloh yang berada dalam PKPD.
āPengagihan bantuan akan dilakukan secara berperingkat mengikut keperluan penduduk terbabit,ā katanya kepada Wacana.my.
Idris yang juga Pengerusi FELDA berkata, bantuan berkenaan akan diserahkan kepada Jawatankuasa COVID Daerah yang akan diagihkan oleh Jawatankauasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) di kampung terbabit.
Pelaksanaan PKPD di kawasan itu bermula 14 hingga 27 FebruariĀ dan melibatkan lebih 2,000 penduduk di empat kampung terbabit.
