PKPD Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi

 PKPD Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi

KUALA LUMPUR, 29 Jun — Satu lagi kawasan akan diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Sri Ayu, Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan dalam tempoh sebulan, sebanyak 205 kes telah dikesan dan KKM mendapati penularan masih berlaku dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti ini.

PKPD di Pangsapuri Sri Ayu akan berkuat kuasa 30 Jun sehingga 13 Julai 2021.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD dikawasan tersebut.

Pelaksanaan PKPD ini untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti COVID-19 kekal berada dalam kawasan dan tidak menjangkiti komuniti di luar.

 

 

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  2