• Monday, 21 June 2021, 3:04 am

PKPD: ‘Mini Food Bank Alor Setar’ untuk penduduk terputus bekalan makanan

 PKPD: ‘Mini Food Bank Alor Setar’ untuk penduduk terputus bekalan makanan

Anggota polis mengawal di Sekatan Jalan Raya menuju masuk ke Tol Alor Setar

JITRA, 23 Mei — Penduduk dari 28 mukim di daerah Kota Setar yang terputus bekalan makanan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), boleh mendapatkan keperluan asas secara percuma di ‘Mini Food Bank Alor Setar’ yang terletak di Tandop, Alor Setar.

Pengerusinya Amirul Syahir Musa berkata kemungkinan ada penduduk yang terputus bekalan kerana pada masa ini khidmat penghantaran barangan dari rumah ke rumah dihentikan buat sementara waktu atas faktor keselamatan.

“Kami akan menambah stok bekalan makanan secukupnya bagi memastikan anda semua kekal mendapat makanan dalam tempoh PKPD ini,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya hanya seorang wakil keluarga dibenarkan untuk mengambil bekalan dan perlu membuat permohonan serta  janji temu terlebih dahulu dengan menghubungi talian 011-36613036 bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.

Beliau berkata selain menggunakan sumber kewangan peribadi, dana untuk membeli stok makanan itu juga turut disumbangkan oleh syarikat korporat dan orang ramai.

“Jika ada mana-mana pihak ingin menyumbang untuk mini food bank itu boleh hubungi saya di talian 016-3353677.

Pada Isnin lepas, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan PKPD dilaksanakan di 28 mukim itu mulai 19 Mei hingga 1 Jun depan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *