PKPD Hulu Besut : JKM mula agihkan bekalan makanan

 PKPD Hulu Besut : JKM mula agihkan bekalan makanan

Anggota RELA dan kakitangan JKM Besut menyusun bungkusan bekalan makanan sebelum diagihkan oleh NGO kepada penduduk di kawasan PKPD.

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 15 Feb : Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu mula mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk di empat kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, di sini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Pengarahnya, Zuhami Omar berkata, agihan bantuan makanan asas itu membabitkan seramai 2,152 isi rumah daripada 467 dari Kampung Darau, Kampung Awek, Kampung Padang Baloh dan Kampung Lepan Kejor.

Katanya, agihan bekalan makanan dijadualkan setiap tiga hari sekali dan akan diselang-seli dengan agihan makanan basah serta kering tetapi kekerapan agihan mengikut situasi semasa.

Beliau berkata fasa pertama agihan barangan keperluaan membabitkan barangan kering seperti ber

Zuhaimi Omar

as dan sardin kerana JKM difahamkan esok (hari ini) mereka akan menerima barangan basah yang disumbangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Zuhaimi berkata, kaedah agihan turut melibatkan ahli  jawatankuasa (AJK) yang dilantik terdiri daripada wakil Jabatan Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) di dalam kawasan berkenaan.

“JKM mempunyai rekod senarai penerima semua bantuan yang diagihkan dan akan terus memantau senarai penerima berdasarkan aduan serta rujukan,” katanya.

Jika ada tambahan isi rumah, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memaklumkan kepada JMK untuk diselaraskan bantuan yang sewajarnya.

Pelaksanaan PKPD di DUN Hulu Besut bermula  14 hingga 27 Februari ini berdasarkan laporan KKM berhubung situasi jangkitan COVID-19 di empat kampung berkenaan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

21  −  19  =