PKPD di Penjara Sri Aman tamat- JPBN Sarawak

 PKPD di Penjara Sri Aman tamat- JPBN Sarawak

KUCHING, 22 April — Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Sri Aman dan kuarters kakitangan anggotanya yang bermula 8 April lepas, ditamatkan semalam setelah tiada kes positif baharu dikesan dalam saringan kedua COVID-19.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan semalam berkata PKPD di Kampung Menuang Baru di Limbang pula akan ditamatkan hari ini selepas hasil saringan kedua ke atas penduduk kampung itu didapati negatif dan tiada bukti jangkitan masih menular di kawasan berkenaan.

PKPD di kampung itu mula berkuatkuasa pada 11 April lepas dan dijadualkan tamat pada 24 April ini, namun ia ditamakan lebih awal berikutan hasil saringan kedua yang negatif.

Hari ini Sarawak merekodkan 429 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 25,558 manakala kes kematian baharu adalah empat.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak juga telah mengisytiharkan tiga lagi kluster baharu di negeri itu iaitu kluster Sungai Lemayong di Meradong, kluster Duranda Emas di Serian dan kluster Taman Mesra Bako di Kuching.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

89  +    =  90