• Sunday, 20 June 2021, 9:34 am

PKPD di dua perkampungan Mukim Ulu Kinta, Perak

 PKPD di dua perkampungan Mukim Ulu Kinta, Perak

Suasana kerja-kerja pemasangan kawat besi bagi perlaksanaan PKPD di Kampung Sungai Tapah, Ulu Kinta, Perak. Sumber foto – Pembaca Wacana.my Azhar Hashim, Penduduk Kampung Sungai Tapah.

IPOH, 5 Jun — Jawatankuasa teknikal Perintah Kawalan Pergerakan akan melaksanakan PKP Diperketatkan (PKPD) di dua perkampungan dalam mukim Ulu Kinta, Perak.

PKPD tersebut akan bermula pada 12 tengah malam 6 Jun sehingga 19 Jun 2021 melibatkan Kampung Jelapang Baru dan Kampung Sungai Tapah.

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Majlis Keselamatan Negara berkata tindakan adalah atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kawat berduri dipasang bagi menghalang sebarang pergerakan keluar masuk ke kawasan PKPD. Sumber foto – Pembaca Wacana.my Azhar Hashim, Penduduk Kampung Sungai Tapah.

KKM  mendapati kadar positiviti di kedua-dua perkampungan ini adalah tinggi dengan empat kes dilaporkan di Kampung Jelapang Baru selepas 93 penduduk di saring.

Sementara itu di Kampung Sungai Tapah pula terdapat  11 kes selepas 30 orang penduduk disaring.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *