• Sunday, 20 June 2021, 9:00 am

PKPD: 140 Penduduk RAKR Pelagat Tiga, Jertih terima sumbangan

 PKPD: 140 Penduduk RAKR Pelagat Tiga, Jertih terima sumbangan

Sukarelawan APM dan Rela Besut memunggah bungkusan KFC untuk diedarkan kepada penduduk.

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 20 Mei – Hasrat penduduk perumahan RAKR Pelagat Tiga, dekat Jertih, Terengganu untuk menikmati makanan segera selepas hampir seminggu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKDP) tercapai apabila ada pihak menyerahkan sumbangan itu kepada mereka.

Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof, berpakat menyumbangkan makanan berkenaan kepada penduduk yang terkesan dengan perintah itu.

ADUN Jertih, Muhamad Pehimi Yusof

Seramai 140 keluarga yang kini tinggal dalam PKPD mendapat hidangan itu hasil sumbangan kedua-dua pemimpin kerajaan terbabit.

Penduduk menerima agihan yang dihantar terus ke rumah masing-masing oleh petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Besut semalam.

JKM turut mengagihkan keperluan barangan dapur dan basah kepada penduduk yang tinggal dalam PKPD empat hari dalam seminggu.

Rata-rata penduduk bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada JKM dan penyumbang yang bermurah hati menyalurkan pelbagai bantuan kepada penduduk yang terkesan.

Penduduk RAKR Pelagat 3, Jertih yang dikenakan PKPD menerima agihan barangan keperluan

ADUN Jertih, Muhammad Pehimi berkata, penduduk kawasan itu adalah penempatan pertama yang dikenakan PKPD di kawasan DUN Jertih bermula 14 hingga 27 Mei ini.

Bagaimanapun katanya, sebanyak 13 lagi kampung dalam Mukim Pelagat di DUN Jertih turut dikenakan PKPD bermula 20 Mei hingga 2 Jun depan.

Sementara itu, Idris yang juga Pengerusi FELDA meminta penduduk yang dikenakan PKPD supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan bagi mengelak dikenakan kompaun.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *