Pisang biru unik rupa, rasa aiskrim vanila

 Pisang biru unik rupa, rasa aiskrim vanila

Susunan Iqhram Ahmad

DENGAN warna unik dan dikatakan rasanya  lazat seperti aiskrim vanila, Pisang Biru Jawa atau ‘Blue Java’ ini menjadi tarikan warga net dan pengguna media sosial, baru-baru ini.

Walaupun jarang dijumpai di pasar atau kedai, pisang eksotik yang sekelompok dengan pisang raja ini berasal dari Asia Tenggara dan tersebar ke Hawaii, Filipina, Fiji dan Australia.

Bukan seperti tanaman tropika lain, pokok pisang Blue Java ini mampu berbuah di tempat sejuk yang serendah – 6 darjah Celsius selain mempunyai daya tahan angin yang tinggi disebabkan oleh akarnya yang kuat.

Warna kulitnya yang unik serta rasa yang seakan aiskrim berperisa vanila ini turut membuatnya dikenali sebagai ‘pisang aiskrim’.

Pisang Blue Java ini memiliki bentuk lonjong gemuk dengan panjang mencapai 7 inci, selain mempunyai isi berwarna putih krim dengan bahagian biji yang kecil. Warna biru kulit pisang ini bukan hasil ubahsuai genetik tetapi neutral. Warna biru ini adalah satu daripada 14 warna dan saiz pisang yang ada di seluruh dunia.

Seperti baka pisang yang lain, ianya mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan.

Selain kaya serat, Blue Java turut menjadi sumber protein, magnesium, kalsium, tembaga, vitamin B6, vitamin C dan turut membantu menurunkan tekanan darah serta mengurangkan risiko serangan jantung.

Seperti keluarga pisang lain, ia mampu melancarkan metabolisme, pencernaan dan peredaran darah serta menormalkan fungsi organ.

Dengan rasa lazat serta mempunyai khasiat yang tinggi, buah pisang eksotik ini dikatakan sesuai dimakan dengan aiskrim.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

79  −  70  =