Pinjaman wang berlesen bukan Ah Long

 Pinjaman wang berlesen bukan Ah Long

KUALA LUMPUR, 28 Jun — Sekali pandang ramai yang keliru untuk membezakan antara peminjam wang berlesen dengan “Ah Long”

Umum mengetahui bahawa ramai yang telah menjadi mangsa lintah darat yang mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain.

Minggu lalu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan kerajaan telah bersetuju membenarkan sektor Kredit Komuniti (KK) atau Pemberi Pinjam Wang (PPW) yang berdaftar dibawah KPKT untuk beroperasi berkuat kuasa serta-merta.

KPKT dalam kenyataannya memaklumkan persetujuan itu dicapai susulan Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 18 Jun lalu.

Namun adakah rakyat tahu cara membezakan antara PPW, KK dengan Ahlong ?

Syarikat Kredit Komuniti atau ringkasnya KK adalah syarikat atau agensi yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang mempunyai rekod CTOS atau telah disenaraihitam (blacklist) di mana, mereka ini tidak dapat memohon pinjaman melalui institusi kewangan seperti Bank atau Koperasi.

Syarikat KK atau PPW ini perlu mematuhi Akta Pemberi Pinjam Wang yang diperkenalkan pada tahun 1951.

Mengikut peraturan yang ditetapkan untuk pinjaman tak bercagar, mereka (syarikat pemberi pinjaman wang – PPW) hanya boleh mengenakan kadar faedah maksimum 18% setahun (p.a) manakala bagi pinjaman bercagar kadar faedah yang boleh dikenakan ialah tidak melebihi 12% setahun (p.a).

Ini bermaksud kadar faedah bagi pinjaman bercagar adalah 1% sebulan manakala kadar faedah bagi pinjaman tanpa cagaran ialah pada 1.5% sebulan.

Sementara itu kadar denda bayar lewat pula ditetapkan pada 8% setahun dan tuntutan bayaran balik daripada peminjam yang ingkar hanya boleh dibuat melalui tuntutan sivil di mahkamah sahaja.

Urusan transaksi pinjaman hanya boleh dilakukan di alamat premis yang diluluskan sahaja.

Justeru rakyat diminta mengenalpasti dengan siapa mereka berurusan sebelum membuat keputusan untuk memohon pinjaman.

Berbeza dengan KK dan PPW, Ahlong tidak mempunyai alamat yang tetap dan sering bertukar alamat serta no telefon.

Kadar faedah tinggi bermula 50 peratus sebulan malah terdapat kes dimana Ahlong mengenakan cas kadar bayaran lewat sehingga 300 peratus setiap hari.

Rakyat harus berhati-hati apabila ditawarkan pinjaman dengan mudah secara verbal tanpa sebarang perjanjian bertulis atau dokumentasi.

Ahlong juga terkenal dengan kumpulan yang menggunakan kekerasan untuk mengugut peminjam yang gagal membiat bayaran balik mengikut jadual ditetapkan mereka.

Masalah timbul apabila penghutang keliru antara Ah Long dan Agensi Pinjaman Berlesen.

Lebih menakutkan lagi, ada Ah Long yang menyamar dan memperkenalkan diri sebagai PPW untuk mengumpan penghutang.

Jadi, untuk mengelakkan anda tertipu dengan helah Ah Long, anda perlu tahu apakah perbezaan pinjaman berlesen dan Ah Long.

Wacana.my menyeru orang ramai agar menyemak status syarikat yang mengaku sebagai syarikat KK atau PPW tersebut betul-betul berdaftar atau tidak.

Caranya ialah melalui laman web yang telah disediakan KPKT iaitu sistem eMAPS untuk memudahkan anda buat carian dan semakan berkaitan syarikat KK dan PPW di Malaysia.

Layari https://emaps.kpkt.gov.my/emaps/emaps/  dan masukkan nama syarikat yang anda merancang untuk membuat permohonan. Jika maklumat syarikat tiada dalam sistem eMAPS, anda dinasihatkan mengelakkan dari berurusan dengan mereka.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

82  −  79  =