Piala Asia: Harimau Malaya perlu asah kuku jadi lebih tajam

 Piala Asia: Harimau Malaya perlu asah kuku jadi lebih tajam

Barisan pemain pasukan Malaysia bergambar sebelum pertemuan mereka menetang Vietnam untuk Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al-Maktoum. Foto WMY/Adli Ghazali

PETALING JAYA, 24 Jun — Skuad Harimau Malaya mempunyai tujuh bulan untuk bersiap sedia sebelum bermulanya perlawanan Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.

Perlawanan yang melibatkan 24 negara itu akan bermula pada 1 Februari 2022, berdasarkan undian kumpulan serta undian perlawanan play-off yang akan dibuat pada hari ini di AFC House, Kuantan.

Jika dilihat dari seeding pasukan mengikut ranking FIFA, Malaysia adalah pilihan ke 16 untuk layak. Bermakna, Malaysia berada sangat jauh untuk ke Piala Asia secara merit.

Oleh itu, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe perlu memperbaiki ranking negara mulai sekarang melalui perlawanan persahabatan selain membuat persiapan yang secukupnya supaya mendapat seeding yang baik semasa undian nanti.

Selain itu, pemain-pemain negara boleh mengambil peluang tujuh bulan ini untuk membina dan mengekalkan tahap kecergasan yang optimum agar mudah harungi cabaran perlawanan pusingan ketiga itu nanti.

Penambahan beberapa pemain naturalisasi seperti De Paula dan Sumareh sepatutnya mampu memberikan impak positif kepada skuad kebangsaan. Kalau tak cukup tujuh bulan untuk bersedia, maka tak tahu lah nak.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

75  −    =  69