Piala AFF Suzuki : Malaysia Tempang Dibedil Vietnam

 Piala AFF Suzuki : Malaysia Tempang Dibedil Vietnam

Aksi perlawanan antara pasukan Harimau Malaya (jersi kuning) Vietnam pada saingan Piala AFF di Stadium Bishan, Singapura. Gambar Ihsan FAM

KUANTAN, 12 Disember 2021 – Pasukan Harimau Malaya tewas 0-3 kepada Vietnam pada saingan Piala AFF di Stadium Bishan, Singapura sebentar tadi.


Bermula dengan corak permainan berhati-hati dipamerkan skuad menyebabkan usaha merobek gawang sukar dilakukan jentera serangan yang dipikul oleh Loqman Hakim Shamsudin, Safawi Rasid dan Arif Aiman Mohd Hanapi.


Sepanjang 30 minit permainan, usaha pemain Vietnam menjinakkan pasukan negara juga kelihatan amat sukar dilakukan apabila setiap serangan berjaya disekat benteng pertahanan.


Peluang terbaik skuad negara menghasilkan gol hadir menerusi penyerang lincah Luqman Hakim namun percubaanya gagal mengegarkan jaring gol lawan.


Kelonggaran benteng pertahanan skuad negara mula muncul pada minit ke-32 apabila gagal menyekat percubaan deras penyerang lincah lawan, Nguyen Quang Hai dalam kotak penalti menerjah gawang Harimau Malaya gagal disekat penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat.

Gambar Ihsan FAM


Ketinggalan 0-1 tidak mematahkan semangat pemain negara untuk mencari gol penyamaan namun usaha tiga penyerang skuad negara masih lagi terus gagal.


Kegusaran jurulatih Tan Cheng Hoe dihukum dengan gol kedua lawan pada minit ke-36 oleh Nguyen Cong Phuong.Tamat babak pertama Harimau Malaya ketinggalan 0-2.


Bermula babak kedua skuad negara menampil beberapa muka baharu, jentera serangan mula dipikul oleh Guilherme de Paula yang digandingkan dengan Safawi.


Dalam keadaan tertekan pemain negara tetap berusaha mencari gol menerusi beberapa percubaan namun usaha yang dilakukan pemain tetap terus gagal.


Kelonggaran benteng pertahanan selepas ketiadaan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak kerana kecederaan dihukum dipenghujung babak kedua apabila gol ketiga lawan muncul pada minut ke-89 oleh H D Nguyen.

Perlawanan terakhir menentang Indonesia menjadi penentu nasib Malaysia untuk layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki.

Kedudukan Kumpulan B

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

84  −    =  75