PH Melaka tiada rancangan menghadap Agong

 PH Melaka tiada rancangan menghadap Agong

Adly Zahari

MELAKA, 7 Okt — Pakatan Harapan (PH) Melaka tiada rancangan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, buat masa ini.

Pengerusinya, Adly Zahari ketika menegaskan perkara itu berkata, berkata fokus mereka kini ialah membawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 ke mahkamah.

“PH Melaka setakat ini tiada rancangan untuk bertemu YDP Agong.

“Fokus kini ialah membawa pembubaran DUN ke mahkamah bagi mempertikaikan proses dan fakta pembubaran, termasuk menghormati Perkara 19(2) Perlembagaan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media semalam melaporkan kesemua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Melaka yang menyokong PH, dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, dipetik berkata mereka akan ke Istana Negara untuk menghadap Al-Sultan Abdullah bagi menyelesaikan krisis pembubaran DUN Melaka.

Terdahulu, Low Chee Leong (PH-Kota Laksamana) turut menyangkal kenyataan dikeluarkan Norhizam mengenai perkara itu.

Chee Leong dilaporkan meminta Norhizam supaya tidak mencemarkan nama baik PH, selain perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang dibuatnya tanpa memaklumkan kepada parti itu.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *