PH konon juang integriti juga terima “katak” politik – Rafiq

 PH konon juang integriti juga terima “katak” politik – Rafiq

Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

MELAKA, 18 Nov — Pengerusi Perikatan Nasional Melaka, Datuk Wira Rafiq Naizamohideen menempelak Pakatan Harapan kononnya selama ini memperjuangkan integriti namun telah melanggar dengan menerima dua “katak” untuk bertanding atas tiket mereka dalam PRN Melaka.

Menurut Rafiq yang juga merupakan Calon PN bagi kerusi DUN Telok Mas, perkara penerimaan ahli politik lompat parti bukan satu isu yang harus diperbesarkan atau dibangkitkan lagi.

Rafiq turut berkata, semua parti politik di Melaka dan negara ini telah menerima katak politik malah tidak menjadi kesalahan kerana perkara itu dibenarkan dalam perlembagaan.

Beliau berkata PN sering dilabel sebagai parti katak, tetapi semua gabungan lain telah melakukan perkara yang sama.

“Pakatan Harapan yang selama ini kononnya memperjuangkan integriti.

“Taknak menerima (ahli politik) melompat parti, malah selama ini menggunakan slogan katak kepada Perikatan Nasional dan parti lain.

“Hari ini ternyata ada dua bekas ADUN dari BN telah diterima untuk bertanding atas tiket Pakatan Harapan, satu di asahan, satu di pantai kundor

“Jadi saya nak tanya adakah PH sedar apa yang mereka buat ?”

Dalam pada itu Rafiq berkata buat pertama kali dalam sejarah pengundi kini mempunyai pilihan ketiga dengan penyertaan Perikatan Nasional dalam PRN Melaka.

“Ini adalah kali pertama di Melaka, ada tiga gabungan dalam satu pilihanraya negeri.

“Saya yakin apa yang berlaku di Melaka akan mengubah landskap politik nasional kerana rakyata Malaysia khususnya rakyat Melaka sudah ada pilihan yang ketiga sekiranya sudah tidak ada kepercayaan kepada parti lain seperti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan,” katanya kepada media pada Rabu.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

29  +    =  32