PGA tambah pasang kawat duri di sempadan Malaysia-Thailand

 PGA tambah pasang kawat duri di sempadan Malaysia-Thailand

KOTA BHARU, 17 FebĀ  — Sebanyak lapan lagi lokasi di tebing Sungai Golok dekat sempadan Malaysia-Thailand akan dipasang kawat duri dalam usaha kerajaan membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara SAC Hasan Basri Ahmad Safar berkata, pemasangan kawat duri sebelum ini dilakukan di beberapa kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan utama bagi penyeludupan.

Beliau berkata tahun lepas PGA sudah memasang kawat duri sepanjang 343 meter di 12 lokasi dan akan membuat tambahan lagi pada tahun ini.

“Kita mendapati pemasangan kawat duri atauĀ concertina wireĀ ini amat efektif dan berjaya mengurangkan kegiatan lintas sempadan di kawasan itu.

ā€œSusulan itu, kami bercadang akan memasang beberapa lagi kawasan “hot spot” yang kini dikenal pasti berlakunya kegiatan penyeludupan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, setakat ini sebanyak 128 pangkalan haram sudah dikenalĀ pasti di sepanjang lebih 40 kilometer (km) sempadan sungai dari Pasir Mas ke Tumpat.

“Antara pangkalan haram yang dikenal pasti aktif dengan kegiatan penyeludupan termasuklah pangkalan haram Tok Deh, Syed Agil, Motong, Jeram Perdah, Pok Mat, Tanjong, Kebun, Ujar, Kuala Tat dan Simpangan.

ā€œPaling aktif dengan kegiatan penyeludupan adalah pangkalan haram Abe Li Posmen,” katanya menambah sebanyak 149 kes penyeludupan direkodkan di kawasan berkenaan, tahun lepas.

— BERNAMA

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

46  −    =  39