Petugas tidak mahu divaksin, wad bersalin terpaksa ditutup

 Petugas tidak mahu divaksin, wad bersalin terpaksa ditutup

Hospital Umum Lewis County di Lowville, New York

NEW YORK, 13 Sept — Hospital Umum Lewis County di Lowville mengumumkan akan menangguhkan sementara perkhidmatan melahirkan anak selepas enam pekerja di wad bersalin berhenti kerja akibat enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Pengumuman itu berkuat kuasa 24 September depan, lapor Daily Mail.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Kesihatan Lewis County, Gerald Cayer berkata, pihak hospital akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri untuk memastikan wad bersalin tidak ditutup sepenuhnya.

“Sekiranya kita boleh menangguhkan sementara perkhidmatan tersebut dan memberikan fokus untuk melantik jururawat baharu yang sudah divaksin, sudah tentu perkhidmatan melahirkan anak dapat beroperasi semula di Lewis County,” katanya.

Semua petugas kesihatan di negeri ini termasuk pekerja hospital dan fasiliti penjagaan jangka masa panjang diwajibkan menerima suntikan vaksin COVID-19 sebelum 27 September depan.

Menurut Cayer, semua pekerja di 30 hospital sudah menerima suntikan vaksin, manakala 30 petugas lain berhenti kerja akibat keengganan tersebut.

Jelasnya, masih terdapat ribuan kekosongan jawatan di utara Thruway dan pihaknya akan berdepan cabaran lebih besar memastikan semua petugas divaksin.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  5  =  7