Petugas seni perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya

 Petugas seni perlu diberi pengiktirafan yang sewajarnya

Oleh Haliza Ahmad

SESEBUAH karya seni filem boleh diibaratkan sebuah rumah yang mana tiangnya adalah skrip, dindingnya diperkukuhkan oleh seni dan pencahayaan umpama jendela serta pintu.

Bumbung pemegang struktur ini itulah produser manakala pelengkap yang menghidupkan suasana di rumah ini ialah pengarah dan pelakon.

Nidal sebagai Pengarah Seni dalam telemovie ’17 Puasa’

Semua elemen ini adalah asas utama dalam pembikinan suatu produksi sama ada filem, drama ataupun iklan.

Begitulah rumusan Haznizar Ithnin, 46, dari Kampung Baru di ibu negara lebih dikenali di kalangan penggiat seni sebagai Nidal, terhadap asam garam dunia garapan seni dalam produksi yang sudah 25 tahun menjadi sumber rezekinya.

Mencipta nama hasil sentuhan seni dalam filem epik ā€˜Puteri Gunung Ledangā€™ sekali gus melonjakkan wibawaannya sebagai pemenang Anugerah Pengarah Seni Terbaik Filem di Festival Filem Malaysia Ke-18, Nidal berasa sumbangan Jabatan Seni selaku ā€˜dinding karya seniā€™ dalam filem dan drama tempatan cuma dilayan seperti melukut tepi di gantang.

Nidal lantang menekankan Jabatan Seni adalah kumpulan kru yang kedua besar di dalam sesuatu produksi. Malah, ‘hidupnya’ sesebuah cerita atau karya turut ditentukan melalui penggunaan perabut, susun atur prop dengan warna dan tekstur yang sesuai.

“Apa saja visual yang dilihat dalam kotak skrin TV atau layar lebar, lebih 70% adalah melibatkan artĀ department,” katanya.

Jabatan Seni yang lengkap di mata Nidal perlu ada sekurang-kurangnya 50 kru. Antaranya, pereka produksi, pereka kostum,juru pakaian, pereka perhiasan diri, tukang solek, pereka rambut, pengarah seni, pendekorasi set, penghias set, ketua prop, pembuat prop, pembeli prop, tukang prop, pembantu jabatan seni, pembuat tumbuhan, pelukis pelan set, pembuat set skala kecil, jurubina set, tukang bina set, pelukis latarbelakang, pelukis kesan khas dan pelukis grafik.

Berganding dengan Mamat Khalid dalam telemovie ’17 Puasa’

“Hanya produksi dengan bajet besar saja mampu mengadakan team Jabatan Seni yang langkap. Majoriti filem budget rendah hanya akan guna seorang pengarah seni, propmaster, dua propman dan empat juru bina set walaupun permintaan sesebuah skrip itu sendiri agak berat.ā€

“Walaupun bajet rendah, pembikinan sebuah filem seharusnya ada sekurang-kurangnya pereka produksi, pengarah seni, pendekorasi set, penghias set, ketua prop, pembuat prop, empat propman, jurubina, danĀ beberapa pembantu lainnya yang dirasakan perlu mengikut kehendak sesebuah skrip,ā€ kata Nidal.

Bagi Nidal yang pernah dicalonkan sebagai Pengarah Seni Terbaik pada Pesta Filem Asia Pasifik 2005, tugas pereka produksi adalah penting kerana ia membantu penghasilan filem bermutu tinggi. Malangnya, kebanyakan penerbit dan pengarah tempatan memandang remeh peranan Jabatan Seni.

ā€œPengertian peranan Jabatan Seni seringkali disalahertikan oleh sebahagian pembuat filem tempatan,” kata Nidal yang berpengalaman terbabit dalam penerbitan tujuh filem Melayu, antaranya, Nasi Tangas, 3 Temujanji Ā dan Halim Munan Ā filem Inggeris At Rainbow End 2 dan sebuah filem Mandarin, lebih kurang 80 drama tempatan, Majalah TV, program bual bicara danĀ  hampir 40 iklan pelbagai jenama di Malaysia, Britain, India dan Indonesia, antaranya Silky Girl, Munchy, Sendayu Tinggi, Watson, Cadbury Indonesia dan India,

ā€œKru Jabatan Seni selalunya dilihat sebagai pekerja tempelan, walhal setiap petugas dalam jabatan ini adalah penting, sama ada pangkat teratas iaitu pereka produksi hinggalah ke paling bawah sebagai propman.

“Agak menyedihkan pereka produksi tidak diberikan pengiktirafan setimpal dalam pembikinan filem, berbanding kemahiran mengikut standard akademik yang sewajarnya,ā€ katanya kesal.

Justeru, Nidal menegaskan bahawa persepsi terhadap kru Jabatan Seni mesti diubah dan kerjaya ini wajar diperkembangkan.

ā€œKita perlu ada rancangan melatih bakat-bakat baru dalam bidang ini supaya kita mempunyai pelapis dan art dalam produksi dapat menandingi karya seni peringkat global,ā€ katanya.

Nidal mendedahkan Jabatan Seni sering berdepan masalah kekurangan petugas atau pasukan terlatih dan kadar bayaranĀ  tidak setimpal mereka terima.

Nidal sebagai Pengarah Seni dalam ‘Cinta Romusha’

ā€œBuat masa ini kita hanya mempunyai kira-kira Ā 300 tenaga kerja terlatih. Bayaran upah adalah rendah dan penerbit yang hanya mementingkan keuntungan mengambil kesempatan menetapkan kadar upah rendah kepada kru jabatan seni. Sudah tentu ini tidak adil bagi mereka yang lebih berkemahiran dan berpengalaman,ā€ kata Nidal.

Kadar upah yang tidak berbaloi mendorong ramai kru Jabatan SeniĀ  bertukar ke jabatan lain seperti pencahayaan, pemandu, penyediaan makanan atau terus meninggalkan bidang perfileman.

Bagi mewujudkan satu ekosistem yang mampan, Nidal sedang merancang penubuhan sebuah pusat latihan kemahiran Jabatan Seni yang pertama di Malaysia.

Ia akan menjadi satu platform berkongsi segala ilmu, pengalaman dan melatih petugas seni demi memperbaiki taraf kehidupan dan pendapatan mereka.

ā€œDengan adanya pusat latihan ini kita boleh menambah baik sistem kerja di samping mewujudkan satu komuniti petugas seni lebih mahir dan mempunyai kefahaman yang baik mengenai skop kerja mereka,ā€ kata Nidal.

Usaha ini sudah mula mendapat sokongan petugas Jabatan Seni dengan harapan persepsi dan nasib mereka berubah dan tidak lagi dilabel sebagai petugas tempelan.

Ahmad Baihiqi, 36, prop master yang mempunyai pengalaman 11 tahun berharap pusat latihan itu dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran petugas Jabatan Seni sekaligus memperbaiki masa depan mereka.

DaengĀ Azlan, 27, prop man, berkata sebagai seorang yang baru empat tahun berkecimpungan dalam bidang ini beliau berasa pusat latihan ini boleh memajukan petugas seni hingga diberi pengiktirafan sawajarnya.

Andai pusat latihan ini menjadi kenyataan dan dimanfaatkan, Nidal yakin Malaysia boleh menjadi sebuah hab Jabatan Seni utama di Asia Tenggara.

ā€œDengan kekayaan seni yang telah kita warisi sejak dulu lagi, tidak mustahil untuk kita capai impian ini. Apa yang perlu ialah pendekatan yang lebih sistematik untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman dan pendedahan dalam bidang ini pada masa depan.

ā€œPemikiran dan persepsi kita terhadap Jabatan Seni juga perlu berubah. Kita perlu ada angan-angan untuk sampai ke peringkat global, memperlengkap petugas seni kita supaya mereka dapat pergi lebih jauhĀ  dan paling mengembirakan saya adalah apabila Jabatan Seni tempatan tidak dipandang rendah lagi dan diberi pengiktirafanĀ  sewajarnya,” kata Nidal.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

17  −  11  =