Petua jurutera McLaren untuk panjangkan usia enjin kereta

 Petua jurutera McLaren untuk panjangkan usia enjin kereta

JERANTUT, 8 Januari 2022 – Mengikut dan mengamalkan petua seorang jurutera F1, dari pasukan McLaren menasihatkan untuk menggunakan minyak enjin dan minyak petrol Petronas serta mengisi semula petrol sampai penuh apabila bahan bakar dalam tangki minyak sudah berbaki separuh bagi mengelak petrol `mengeluap’ di sedut masuk ke dalam enjin bagi mengelak enjin akan cepat rosak.

Dakwaan jurutera F1 itu betul kerana mengamalkan cara itu menyebabkan kereta Proton Waja miliknya kini yang sudah berusia 20 tahun sudah melebihi 500,000 kilometer (km) perjalanan tanpa melakukan overhaul.

Pemilik kereta itu, Ali Mahmood menjelaskan, ketika dia bertugas sebagai wartawan, ketika berada di kafe di Litar F1 Sepang untuk makan tengah hari, dia bertembung dengan jurutera yang memberi petua tersebut.

Ali Mahmood menunjukkan bahagiqn enjin keretanya yang masih bagus

“Sebenarnya 600,000 km itu bukan perkara luar biasa, malah ada kereta yang sudah mencapai perjalanan satu juta km, tapi kereta saya ini tidak pernah “overhaul” enjin dan begitu juga kotak tranmisi (gearbox) sejak mula dibeli pada tahun 2002 sehingga ke hari ini.

“Sebenarnya kalau mengikut kenyataan pengeluar kenderaan, kereta yang menggunakan enjin petrol perlu di overhaul apabila setiap kali mencecah 250,000 km dan enjin diesel 300,000 km” katanya.

Ali bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah memenangi anugerah tertinggi kewartawanan Malaysia iaitu Hadiah Kajai MPI-Petronas pada tahun 2000 dan pernah dipilih sebagai wartawan Penulis Sukan Bahasa Melayu terbaik MPI-Petronas 2000, berkata, sekali pandang kereta Waja itu tidak nampak sesuatu yang istimewa kerana menjadi perkara biasa ada orang yang masih memandu kereta sudah berusia melebihi 20 tahun, malah ada yang masih memandu kereta berusia lebih 50 tahun.

“Menarik perhatian ialah perjalanan kilometer kereta ini sudah mencecah lebih 600,000km tetapi masih belum menjalani proses pembaikan menyeluruh (overhaul) sepanjang saya menggunanya, kereta ini boleh diibaratkan sudah mengelilingi dunia enam kali dan sepatutnya sudah berusia melebihi 30 tahun.

“Saya telah menggunakan kereta ini cukup lasak sepanjang bertugas di Kuantan dan Temerloh, mungkin ditambah sentiasa menggunakan minyak enjin dan bahan bakar petrol Petronas pada kereta zaman moden ini dapat memanjangkan usia kereta sehingga 400,000,” katanya.

Meter yang menunjukkan keretany sudah melebihi 500,000 km tapi masih belum di ovehaul

Katanya, sejak mula membeli kereta itu, enjin kereta itu menggunakan minyak enjin Petronas (lubricant) sehingga ke hari ini dan mengunakan minyak enjin Petronas March5 (mineral) lebih kurang dua tahun sebelum bertukar kepada minyak Petronas Syntium 800 (semisentatik)

“Namun begitu, persoalannya ialah bagaimana untuk membuktikan kebenaran dakwaan enjin kereta ini tidak pernah sekali pun di overhaul termasuk gearbox?.

Hanya Proton dan Petronas sahaja yang boleh membuktikannya kerana setiap enjin mempunyai tanda atau ‘marking’ sesebuah enjin itu samada pernah dibuka atau ‘overhaul’, katanya

Amir Hamzah Nordin

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +  1  =