• Sunday, 20 June 2021, 2:27 pm

Petronas sasar tingkatkan transformasi digital pada 2021

 Petronas sasar tingkatkan transformasi digital pada 2021

Kredit foto REUTERS oleh Olivia Harris

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Petroliam Nasional Bhd (Petronas) ke arah meningkatkan gabungan Internet of Things (IoT) dan teknologi analitik serta penggunaan aset autonomi jarak jauh dalam operasinya pada tahun ini.

Ketua Pegawai Digital Aadrin Azly berkata syarikat minyak dan gas itu turut mengkaji pelbagai cara untuk memanfaatkan transformasi digital bagi mewujudkan aliran pendapatan baharu selain operasi tradisionalnya.

ā€œKami gembira untuk menggabungkan dua perkara ini bagi meningkatkan operasi kami.

ā€œKami bekerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) untuk menghasilkan papan pemuka operasi yang akan membantu kami membuat keputusan dengan lebih cepat berdasarkan data yang kami dapat dalamĀ rantaian bekalan,ā€ katanya.

Aadrin berkata demikian pada perbincanganĀ panel bertajuk ā€˜Embracing Agility and Innovation in a New Normalā€™, di luar Sidang Kemuncak ASEAN AWS secara maya hari ini.

Menurut beliau, langkah itu juga akan membantu Petronas dari segi kemampanannya dalam jangka masa panjang berikutan ia dalam usaha untuk menambah baik jejak karbon, campuran tenaga dan kecekapannya.

ā€œTerdapat tiga jenis portfolio yang kami beri tumpuan pada tahun ini dari segi transformasi digital, iaitu meningkatkan kos operasi kami, mewujudkan aliran pendapatan baharu dan memastikan kemampanan,ā€ katanya.

Aadrin berkata syarikat akan turut melancarkan Akademi Digital Petronas tidak lama lagi untuk meningkatkan penggunaan digital dan keupayaan digital dalam kumpulan.

ā€œKami bekerjasama dengan rakan kongsi dan berbincang dengan AWS untuk mereka menyertainya,ā€ katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *