PETRONAS pastikan keselamatan pekerja pelantar minyak di Myanmar

 PETRONAS pastikan keselamatan pekerja pelantar minyak di Myanmar

KUALA LUMPUR, Feb 7  —  Petronas sedaya upaya memastikan keselamatan kesemua 155 pekerja kontraktor yang bertugas di plantar minyak Yetagun di perairan Myanmar, berikutan rampasan kuasa tentera di negara itu baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Petronas berkata, syarikat itu bekerjasama rapat dengan pasukan kontraktor terbabit bagi menjaga kebajikan mereka, selain memastikan bekalan barang keperluan, termasuk makanan, minuman serta bahan api, sentiasa mencukupi.

“Seramai 36 pekerja kontraktor dan 2 staf Petronas lain telahpun selamat dibawa ke hotel berdekatan untuk berehat, disamping menjalani kuarantin COVID-19 yang berkenaan,” menurut kenyataan tersebut.

Syarikat minyak negara itu menambah, ia juga bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Myanmar, Wisma Putra dan pihak berkuasa yang terbabit dalam menangani keadaan tersebut.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1  +  7  =