Petronas nafi dakwaan individu hilang 14 ahli keluarga akibat COVID-19

 Petronas nafi dakwaan individu hilang 14 ahli keluarga akibat COVID-19

Kenyataan media Petronas yang menafikan dakwaan individu yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19.

JOHOR BAHRU, 5 Sept — Petronas menafikan dakwaan seorang individu yang merupakan kakitangan kontraktornya telah kehilangan 14 ahli keluarga akibat COVID-19.

Petronas dalam satu kenyataan memaklumkan, individu berkenaan telah ditahan pihak berkuasa kerana membuat kenyataan palsu tentang perkara tersebut.

Individu terbabit juga didakwa telah menerima sumbangan atas perkara berkenaan. Pihak Petronas akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam membantu siasatan yang dijalankan.

Petronas juga menegaskan pihaknya tidak menyokong perbuatan salah laku seperti itu sama ada oleh kakitangan atau kontraktor.

Kenyataan itu dikongsikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam laman sosial Twitter miliknya.

Tangkap layar Twiiter Tunku Ismail berkenaan isu kakitangan kontraktor Petronas menipu dan menasihatkan pihak atasan mengeluarkan kenyataan rasmi.

Tunku Ismail berkata, pihak atasan telah menasihat Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi tentang perkara itu.

“Setelah mendapat laporan penuh daripada Pegawai Daerah, pihak atasan telah menasihat Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pihaknya akan menyiasat mesej tular kononnya seorang kakitangan Petronas Pengerang kematian 14 ahli keluarga akibat COVID-19.

Menurut maklumat yang tular menerusi media sosial WhatsApp dan Facebook, lelaki itu mendakwa berdepan ujian berat apabila kehilangan ahli keluarga mulai Jun lalu hingga September ini.

Lelaki i5u mendakwa mempunyai lapan orang anak telah kehilangan isteri dan tiga anaknya pada Jun dan Julai lalu dan pada 2 September, lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar juga dua anak mereka turut meninggal dunia akibat virus itu.

Mesej itu turut memaparkan nombor akaun lelaki berkenaan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan khairat kematian kepada keluarganya itu.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  37  =  38